TROY, NEW YORK: Bekas yang menyimpan kultur sel dan spesimen yang telah melalui kajian dan penyelidikan selama 20 tahun musnah apabila seorang tukang cuci mematikan bekalan kuasa peti sejuk beku makmal Rensselaer Polytechnic Institute (RPI), di sini.
Susulan itu, universiti tersebut memfailkan tuntutan bernilai AS$1 juta (RM4.6 juta) daripada agensi yang membekalkan pekerja pembersihan itu, Daigle Cleaning Systems.
RPI mendakwa, salah seorang pekerja syarikat itu mematikan pemutus litar peti sejuk beku, yang perlu mengekalkan spesimen pada suhu minus 80 darjah Celsius, menurut saman yang difailkan bulan ini.
Bekas penyejuk itu digunakan oleh penyelidik yang mengkaji bagaimana tumbuhan menggunakan fotosintesis untuk mencipta tenaga.
Pada pintu peti sejuk beku itu telah ditampal notis yang bertulis: “PETI SEJUK BEKU INI SEDANG DALAM PEMBAIKAN. JANGAN SESEKALI MENGALIHKANNYA ATAU MEMATIKAN BEKALAN” sebelum tukang cuci berkenaan memasuki makmal itu pada 17 September 2020.
Pekerja pembersiha itu juga terdengar bunyi alat penggera pada malam berkenaan dan cuba membantu dengan memasang semula pemutus litar.
Bagaimanapun, keadaan sebaliknya yang berlaku apabila dia sebetulnya memindahkan pemutus litar itu dari kedudukan "on" ke kedudukan "off".
Penyelidik siswazah mendapati bekas penyejuk itu dimatikan keesokan harinya dan cuba mengurangkan kerosakan, tetapi "kebanyakan spesimen telah terjejas, musnah dan tidak dapat diselamatkan" sekali gus membinasakan penyelidikan yang sudah dilakukan lebih 20 tahun, menurut saman tersebut. - Agensi
Agensi
Wed Jun 28 2023
Bekas yang menyimpan kultur sel dan spesimen yang telah melalui kajian dan penyelidikan selama 20 tahun musnah apabila seorang tukang cuci mematikan bekalan kuasa peti sejuk beku makmal Rensselaer Polytechnic Institute, New York. - Gambar hiasan
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Sambutan Hari Wesak medium tingkatkan pemahaman antara masyarakat berbilang kaum - Saraswathy
Selain dapat mengeratkan perpaduan ia juga menggalakkan masyarakat untuk lebih mengenali budaya agama lain.
Banjir: Tukang cuci bersihkan sekolah sebelum rumah sendiri
Rugayah yang berkhidmat di sekolah berkenaan sejak 13 tahun lepas berkata menjadi kewajipan buat dirinya untuk membersihkan sekolah itu sebelum sesi persekolahan bermula Selasa ini.
Masyarakat perlu amal etika kebersihan untuk capai tandas B.M.W
Mentaliti 'ada tukang cuci yang mendapat gaji untuk membersihkannya' membuatkan ramai tidak beretika dan bersikap tidak kisah.
Tukang cuci secara tidak sengaja rosakkan penyelidikan 20 tahun
Rensselaer Polytechnic Institute saman agensi yang membekalkan pekerja pembersihan itu, Daigle Cleaning Systems dan tuntut AS$1 juta.
Wanita Indonesia jadi mangsa buruh paksa diselamatkan
Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Sembilan menyelamatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi kerja di sebuah rumah di Port Dickson, dua hari lepas.
Tukang cuci warga Bangladesh didakwa bunuh rakan senegara
Mohammad Imran Miah didakwa membunuh rakannya Alam Safiq di Jalan TAR di hadapan pintu masuk Kompleks Astaka Bukit Gedung, Bayan Baru.
Tukang cuci mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual
Tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja lelaki berusia 15 tahun di dalam tandas sebuah masjid.
Tukang cuci maut dibunuh rakan serumah kerana dendam
Seorang tukang cuci warga asing maut ditikam dalam pergaduhan dengan sekumpulan lelaki dipercayai rakan serumahnya sendiri di Bukit Gedong, di sini, malam tadi.
Wanita dipukul, disamun lelaki baru dikenali
Mangsa berusia 40 tahun yang bekerja sebagai tukang cuci hotel ditemui terbaring di atas jalan.
Tukang cuci dituduh bunuh pejalan kaki, halang penjawat awam
Seorang tukang cuci didakwa atas pertuduhan membunuh seorang pejalan kaki ketika melarikan diri sewaktu dikejar polis.
COVID-19: Rakyat Malaysia tinggal di asrama antara 25 kes baharu di Singapura
Dirujuk sebagai Kes 63622, pekerja pembinaan di HW Communications Pte Ltd berkenaan tidak menunjukkan gejala.